KUALA BELAIT, Sabtu 15 Sept 2018 – Dalam hasrat untuk melihat negara ini terjamin keselamatanya, salah satu langkah strategi telah di bentuk hasil kerjasama Pasukan Polis Diraja Brunei bersama orang ramai melalui Pengawasan Kejiranan (PK) iaitu dalam sama-sama beperanan penting dan membantu dalam mencegah sebarang kegiatan jenayah dinegara ini.
Sepertimana program rondaan PK yang di kendalikan oleh Balai Polis Kuala Belait bersama ahli PK Pekan Belait semalam. Rondaan tersebut telah dijalankan di kawasan persekitaran Pekan Kuala Belait yang bermula dari kawasan Kampung Melayu Asli, kawasan Sekolah sehingga ke kawasan bangunan-bangunan kerajaan dan komersil.
TUTONG – Balai Polis Tutong juga mengendalikan rondaan yang sama bersama 9 ahli PK Kg Telisai yang turut di hadiri oleh Pmk Ketua Kg Telisai, Yang Mulia Awg Azman bin Haji Ismail.
Rondaan Pencegahan dijalankan dikawasan persekitaran Kg Telisai sehingga ke Kawasan Perumahan STKRJ Telisai. Tidak ada sebarang kejadian atau aktiviti mencurigakan berlaku disepanjang rondaan.
Dikeluarkan Oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
