BRUNEI MUARA, Rabu 19 Sept 2018 – Pasukan Polis Diraja Brunei melalui Balai Polis Pusat telah menjalankan rondaan pencegahan jenayah bersama Ahli PK Kampung Bengkurong/ Sinarubai / Burong Lepas.
Hadir mengetuai rondaan Kopral 4604 Hasnan bin Ali dan Yang Mulia Awang Hj Talip bin Haji Bakar selaku Ketua Kampong tersebut dan turut hadir 05 anggota Balai Polis Pusat.
Rondaan tersebut dibuat disekitar kawasan Kampong Sinarubai, Kampong Burung Lepas, Pusat Ehsan dan dibawah tadahan kampong tersebut mengunakan kereta kerajaan dan kereta persendirian. Sepanjang rondaan tidak ada menjumpai sebarang kejadian yang berkaitan dengan jenayah.
Pasukan Polis Diraja Brunei menyeru kepada orang ramai jika ada mendapati sebarang kegiatan yang mencurigakan sila hubungi segera talian 993 atau melaporkan perkara berkenaan ke Balai – Balai berhampiran.
Dikeluarkan Oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
