BRUNEI MUARA, Khamis 20 Sept 2018 – Peronda Balai Polis Muara telah berjaya menahan tiga orang lelaki warga tempatan dikawasan Perpindahan Kampong Mentiri pada 19 Sept 2018.
Semasa rondaan polis dijalankan di kawasan Perpindahan Kg Mentiri pada sekitar jam 3.52 pagi itu telah menemui sebuah kenderaan yang mencurigakan diletakkan ditepi jalan kawasan persimpangan 136. ketika pemeriksaan dijalankan, Pihak Polis telah mendapati tiga individu ada berada dalam kereta tersebut bersama 3 rim kereta yang dicurigai.
Pihak Polis kemudian menjalankan siasatan di kawasan berdekatan dan telah menemui pemilik rim kereta tersebut dan menjelaskan bahawa rim tersebut adalah miliknya.
Ketiga-tiga suspek kemudian ditahan bersama barang bukti dan dibawa ke Balai Polis Muara bagi di jalankan siasatan lanjut.
Pada 20 September 2018, kesemua tertuduh telah di hadapkan ke Mahkamah Majistret dan telah menjatuhkan hukuman penjara selama dua bulan keatas Mohammad Yusof bin Haji Latif (31 tahun) dan Omar bin Ali (32 tahun) atas kesalahan dibawah seksyen 379 Kanun Hukuman Jenayah Penggal 22 dan Abdul Maajid bin Ali(28) diperintahkan oleh Pihak Mahkamah bagi tertuduh ditahan ke Unit Kesihatan Mental RIPAS bagi menjalani pemeriksaan kesihatan sehingga 20 Oktober 2018 dan tarikh bagi sebutan kes selanjutnya akan di maklumkan kemudian.
Sehubungan itu, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) ingin menasihatkan kepada orang ramai agar tidak terlibat dalam sebarang kegiatan jenayah yang menyalahi undang-undang di negara ini dan PPDB juga akan berusaha memantau dan seterusnya mengambil tindakan pada setiap kegiatan jenayah yang dilakukan untuk dihadapkan ke muka pengadilan untuk dijalankan perbicaraan serta hukuman ke atas kesalahan yang dilakukan.
Dikeluarkan Oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PASUKAN POLIS DIRAJA BRNEI
