BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis 20 Sept 2018 – Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) telah mengadakan majlis Sambutan Awal Tahun Hijrah 1440H / 2018M berlangsung di Surau Ibu Pejabat Polis, Gadong.
Hadir selaku tetamu kehormat, Yang Mulia Pesuruhjaya Polis Pasukan Polis Diraja Brunei, Dato Paduka Seri Haji Mohd Jammy bin Haji Muhd Shah Al Islam.

Turut hadir di majlis tersebut, Yang Mulia Timbalan Pesuruhjaya Polis, Dato Seri Pahlawan Awang Haji Mohd Irwan bin Haji Hambali, pengarah dan timbalan pengarah, para pegawai, anggota dan kakitangan PPDB.
Majlis dimulakan dengan bacaan tahlil yang di kepalai oleh Imam Surau Polis, APO Sarjan 6472 Mohammad Yusri bin Haji Abu Bakar.
Kemudian di ikuti dengan forum khas bertajuk ‘ Penghijrahan Menuju Redha Allah‘ yang disampaikan oleh Dr Ustaz Haji Harapandi Dahri, Pengarah Pusat Pengkajian Kefahaman Ahli Sunnah Waljama’ah Kupu SB dan Dr Ustaz Haji Noralizam bin Haji Aliakbar, Pengarah Pusat Ilmu Teras Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan.
Ceramah khas bertujuan untuk memberikan kefahaman kepada warga pasukan mengenai pembentukan shahsiah dan penghijrahan diri dalam mencari keredhaan Allah dalam menjalani tugasan seharian.
Majlis sedemikian merupakan aktiviti tahunan yang diselengarakan sepenuhnya oleh Badan Ugama Islam Pasukan Polis Diraja Brunei bertujuan untuk membesarkan hari-hari Kebesaran Islam dan juga sebagai platform dalam menyampaikan nasihat dan iktibar agar dapat menjamin kebahagian kehidupan dunia dan akhirat.
Dikeluarkan oleh :
Unit Perhubungan Awam
Pasukan Polis Diraja Brunei
