BRUNEI MUARA, Sabtu 15 Sept 2018 – Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) telah mengadakan satu Majlis meraikan persaraan bagi anggota pangkat rendah yang telah berlangsung di Bilik Auditorium, Ibu Pejabat Polis Gadong.
Hadir selaku tetamu kehormat Yang Mulia Dato Paduka Seri Haji Mohd Jammy bin Haji Muhd Shah Al Islam, Pesuruhjaya Polis PPDB bersama isteri, Datin Hjh Kamariah bte Hj Abd Hamid selaku Yang Dipertua Perkumpulan Kebajikan Isteri dan Keluarga Polis (PEKERTI) Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh APO Sarjan 6472 Mohammad Yusri bin Haji Abu Bakar.
Di ikuti dengan ucapan alu-aluan daripada Penguasa Kanan (Snr Supt) Haji Zaini bin Haji Abd Rahim selaku Pengerusi Majlis, dalam ucapan beliau turut merakamkan ucapan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada anggota yang bersara atas sumbangan dan dedikasi yang telah dicurahkan.
Ucapan balasan daripada wakil anggota pangkat rendah yang bersara ialah Sarjan Mejar 1615 Bujang Anak Datu “meskipun mereka tidak lagi berkhidmat didalam pasukan, mereka akan tetap berkerjasama dan memberikan buah fikiran kepada PPDB”.
Seterusnya penyampaian cenderahati kenangan kepada Anggota Pangkat yang bersara seramai 92 orang anggota.
Kemudian diakhiri dengan bacaan doa selamat dan seterusnya menikmati jamuan.
Dikeluarkan Oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
