BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis 6 Sept 2018 – Balai Polis Muara telah berjaya menahan seorang lelaki dipercayai terlibat dengan kes ceroboh.

Ianya susulan daripada rakaman video yang tular di media sosial memaparkan seorang lelaki telah didapati menceroboh ke sebuah bilik kediaman pekerja asing di kawasan Kg Tanah Jambu, Muara.

Bongsu bin Hj Tengah, 44, telah ditangkap dan di hadapkan ke Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan di bawah kesalahan 457 (Pecah Rumah pada malam hari) Akta Kanun Hukuman Jenayah Penggal 22. Tertuduh telah dibacakan tuduhan dan tiada pengakuan diambil. 

Pihak mahkamah telah memerintahkan keatas tertuduh di reman di Penjara Jerudong bagi sebutan kes selanjutnya pada 17 September 2018.