BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu 25 Julai 2018 – Bagi memohon keberkatan Allah S.W.T agar kesemua bakal jemaah haji mendapat perlindungan, keselamatan, dipermudahkan urusan serta beroleh haji yang mabrur. Satu Majlis Doa Selamat bagi anggota-anggota Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) yang bakal mengerjakan fardhu haji telah diadakan di Surau Ibu Pejabat Polis Gadong pagi tadi.

Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis tersebut ialah Yang Mulia, Pesuruhjaya Polis, Pasukan Polis Diraja Brunei, Dato Paduka Seri Haji Mohd Jammy bin Haji Muhd Shah Al Islam bersama isteri, Datin Hajah Kamariah binti Haji Abdul Hamid.

Turut hadir di majlis tersebut ialah Yang Mulia Timbalan Pesuruhjaya Polis, Dato Seri Pahlawan Awang Haji Mohd Irwan bin Haji Hambali dan Datin, Yang Mulia Pemangku Pengarah Perisikan Jenayah Dato Paduka Haji Mohd Jefri bin Pengiran Haji Abdul Hamid, Yang Mulia, Pemangku Pengarah Siasatan Jenayah, Dato Paduka Awang Haji Mohd Hassan bin Pehin Penyurat Haji Ahmad dan Timbalan timbalan pengarah, para pegawai kanan dan anggota pangkat rendah PPDB.

Diantara 6 orang anggota PPDB bakal jemaah haji pada tahun ini yang menerima sumbangan pada majlis tersebut ialah  Cpl 3554 Soffian bin Hj Metusin, L/Cpl 4727 Mohamad Romedzan bin Abdul Manaf, W/L/Cpl 4789 Suraini binti Haji Sabli, L/Cpl 5274 Ahmad bin Mohammad Tahir, PC 6004 Muhd Nazirol Mubin bin Haji Roslan, APO L/Cpl 6423 Md Sahrol bin Lamat.

Majlis yang dikendalikan oleh Badan Ugama Islam, PPDB itu di mulakan dengan Sembahyang Sunat Hajat berjemaah di imamkan oleh Yang Mulia APO Sarjan Mejar 6924 Pengiran Haji Ludin bin Pengiran Haji Metahir, Imam Surau Ibu Pejabat Polis Gadong dan seterusnya bacaan tahlil dan doa selamat dan di akhiri dengan penyampaian sumbangan kepada bakal-bakal jemaah haji.​