TUTONG, SABTU, 29 OGOS 2026 – Biro Kawalan Narkotik (BKN) baru-baru ini telah mengadakan sesi perkongsian dan taklimat kepada pegawai dan anggota di Daerah Polis Tutong bagi meningkatkan kefahaman mengenai pengendalian kes berkaitan penyalahgunaan dadah.

Antara perkara yang dikongsikan termasuk penerangan mengenai peruntukan undang-undang berkaitan penyalahgunaan dadah serta tatacara pengendalian, penyimpanan dan pengurusan barang bukti bagi memastikan integriti barang bukti sentiasa terpelihara mengikut prosedur yang ditetapkan.

BKN turut menerangkan mengenai Prosedur Operasi Standard (SOP) BKN dalam pengendalian kes-kes berkaitan penyalahgunaan dadah.

Selain itu, beberapa isu dan persoalan yang dibangkitkan turut diberikan pencerahan, khususnya berkaitan pengendalian, penyiasatan dan penyerahan kes-kes penyalahgunaan dadah.

Sesi perkongsian ini diharap dapat meningkatkan kefahaman pegawai dan anggota serta memperkukuhkan pengendalian kes berkaitan dadah secara lebih teratur dan selaras dengan prosedur yang ditetapkan.

Dikeluarkan Oleh :

UNIT PERHUBUNGAN AWAM

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS

IBU PEJABAT POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI