 |
| 25/08/2025 20:37 |
BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 23 Ogos 2025 – Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) memaklumkan bahawa seorang lelaki, Penduduk Tetap, Mohamad Khairulnizam bin Ali Noh, telah dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi pada 23 Ogos 2025 setelah disabitkan bersalah atas beberapa pertuduhan di bawah Kanun Hukuman Jenayah, Penggal 22.
|
|
 |
 |
| 25/08/2025 20:28 |
BRUNEI MUARA, Ahad 24 Ogos 2025 - Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) telah mengadakan Majlis Pembukaan Dikir Syarafil Anam Sempena Maulud Nabi Muhammad Sallallahu’alaihi Wassalam bagi Tahun 1447 Hijrah pada 24 Ogos 2025 sekitar jam 7.00 malam bertempat di Surau Polis Gadong.
|

|
 |
 |
| 19/08/2025 20:11 |
KUALA BELAIT, Isnin, 18 Ogos 2025 – Daerah Polis Belait, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) dengan kerjasama agensi-agensi penguatkuasa telah mengadakan satu Operasi Sepadu pada lebih kurang jam 11.00 malam yang bertempat di beberapa lokasi sekitar Kampung Sungai Bera, Kuala Belait.
|

|
 |
 |
| 17/08/2025 20:18 |
BRUNEI MUARA, Khamis, 14 Ogos 2025 – Perjumpaan di antara ahli-ahli Jawatankuasa Kerja Kebangsaan Antipemerdagangan Orang Negara Brunei Darussalam (NBD) yang terdiri daripada wakil Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri, Kementerian Kesihatan, Pejabat Peguam Negara, Unit Siasatan Pemerdagangan Manusia Jabatan Siasatan Jenayah Pasukan Polis Diraja Brunei, Jabatan Kastam dan Eksais Diraja, Jabatan Buruh, Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan, dan Jabatan Pembangunan Masyarakat bersama pihak Kongress Amerika Syarikat yang telah dipengerusikan oleh Yang Mulia Penolong Pesuruhjaya Polis Haji Azree bin Haji Abd Manaf, Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah, Pasukan Polis Diraja Brunei selaku Pengerusi Jawatankuasa Kerja Antipemerdagangan Orang NBD.
|

|
 |
 |
| 11/08/2025 04:53 |
BALAI POLIS MUARA, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) mengesahkan telah menerima laporan dari talian kecemasan 993 pada 10 Ogos 2025 sekitar jam 5.14 pagi mengenai penemuan seorang bayi perempuan yang masih hidup ditinggalkan di dalam jamban lelaki Pantai Taman Rekresi Tanjung Batu, Muara.
|
|
 |
 |
| 07/08/2025 15:42 |
TEMBURONG, Selasa 05 Ogos 2025 – Satu operasi pemantauan dan pencegahan jenayah telah dilakukan oleh pegawai dan anggota-anggota terdiri daripada Balai Polis Bangar, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB).
|

|
 |
 |
| 06/08/2025 13:05 |
BRUNEI MUARA, Selasa, 05 Ogos 2025 – Bahagian Siasatan Jenayah Siber (BSJS), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) mengingatkan orang ramai mengenai penipuan dalam talian yang melibatkan tawaran bantuan kewangan dan ‘Royal Membership Card’ palsu melalui platform media sosial seperti Facebook.
|

|
 |
 |
| 03/08/2025 20:25 |
TEMBURONG Khamis, 31 Julai 2025 – Balai Polis Bangar, Pasukan Polis Diraja Brunei telah berjaya menahan sebuah kenderaan jenis Suzuki Alto berwarna biru melibatkan dua orang individu warganegara tempatan iaitu sepasang suami isteri yang disyaki memiliki barang-barang tegahan di kawasan Jalan Batang Duri.
|

|
 |
 |
| 03/08/2025 20:19 |
BRUNEI MUARA, Isnin, 28 Julai 2025 – Hasil daripada maklumat awam dan pemantauan yang dijalankan oleh Unit Siasatan Penumpasan Perjudian dan Pencegahan Maksiat (USPPPM), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), satu serbuan telah dibuat pada waktu petang di sebuah bilik sewa dalam sebuah bangunan perniagaan di kawasan Kampung Rimba Gadong.
|

|
 |
 |
| 31/07/2025 14:10 |
BANGAR, TEMBURONG, Selasa, 29 Julai 2025 – Balai Polis Bangar, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) telah melaksanakan dua operasi pemantauan dan pencegahan jenayah hasil maklumat serta risikan berterusan di sekitar kawasan Bangar dan Kampung Bekarut, Daerah Temburong.
|

|
 |
 |
| 28/07/2025 04:49 |
BRUNEI-MUARA, Khamis, 24 Julai 2025 – Satu Operasi Sepadu yang dijalankan oleh Polis Marin (POLMAR) Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) telah berjaya menggagalkan cubaan membawa masuk barang tegahan melalui perairan Brunei.
|

|
 |
 |
| 25/07/2025 07:25 |
BRUNEI-MUARA, Khamis, 24 Julai 2025 – Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) hari ini mencatatkan satu lagi langkah bersejarah dalam usaha memperkukuhkan keselamatan perairan negara melalui Majlis Pentauliahan bagi bot pemintas baharu, Interceptor Class Boat (ICB), yang disempurnakan di Mangrove Paradise Resort, Jalan Kota Batu.
|

|
 |
 |
| 25/07/2025 07:08 |
KUALA LUMPUR, Rabu, 23 Julai 2025 – Delegasi Negara Brunei Darussalam (NBD) terdiri daripada wakil dari Bahagian Keselamatan dan Undang-Undang, Jabatan Perdana Menteri dan Unit Siasatan Pemerdagangan Manusia, Jabatan Siasatan Jenayah, Pasukan Polis Diraja Brunei menghadiri 1st ASEAN Workshop on the Monitoring and Reporting of MERL Framework of the Bohol Trafficking in Persons Work Plan 2.0 (BWP 2.0) di Kuala Lumpur, Malaysia. Bengkel ini diadakan selama dua (02) hari dari 22 hingga 23 Julai 2025 ini dianjurkan dengan kerjasama oleh ASEAN Senior Officials Meeting on Transnational Crime (SOMTC) Philippines dan Malaysia serta ASEAN – Australia Counter Trafficking (ACT) program.
|

|
 |
 |
| 15/07/2025 14:15 |
BRUNEI-MUARA, Ahad 13 Julai 2025 – Bahagian Siasatan Jenayah Siber (BSJS), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB), ingin memaklumkan kepada orang awam agar sentiasa berwaspada terhadap sebarang video ‘deepfake’ yang memaparkan pegawai atau anggota PPDB atau mana-mana individu dengan menggunakan teknologi Kecerdasan Buatan (AI), khususnya dalam bentuk video pendek, yang dimuat naik ke platform media sosial seperti TikTok, Facebook dan Instagram untuk tujuan penipuan.
|

|
 |
 |
| 12/07/2025 12:05 |
BELAIT, Khamis 10 JULAI 2025 - Pada malam 10 Julai 2025, satu operasi sepadu sekatan jalan raya (OPS NEST) telah dijalankan di dua lokasi strategik bertempat di Lebuhraya Seria/Panaga (NEST 1) dan kawasan Pekan Seria (NEST 2).
|
 |
 |
 |
| 12/07/2025 11:43 |
DAERAH TEMBURONG, Khamis, 10 Julai 2025 – Daerah Polis Temburong, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) telah membuat satu operasi sepadu bersama Jabatan Kastam Eksais Diraja (JKED) pada petang 10 Julai 2025.
|

|
 |
 |
| 11/07/2025 07:19 |
BRUNEI-MUARA, Khamis, 10 Julai 2025 – Bahagian Siasatan Jenayah Siber (BSJS) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) telah menahan 10 individu yang disyaki terlibat dalam aktiviti keldai duit iaitu membantu aktiviti penipuan dengan sengaja mendedahkan kata laluan atau kod akses akaun bank mereka untuk mendapatkan keuntungan kewangan.
|

|
 |
 |
| 11/07/2025 07:13 |
BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa, 08 Julai 2025 – Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) melalui Daerah Polis Brunei Muara telah menjalankan Operasi Sepadu bersama dengan agensi-agensi penguatkuasa undang-undang Negara Brunei Darussalam.
|

|
 |
 |
| 09/07/2025 13:40 |
DAERAH BELAIT, Isnin, 07 Julai 2025 – Satu operasi sepadu telah dijalankan kira-kira pada tengah malam semalam yang melibatkan beberapa agensi penguatkuasa undang-undang, bertempat di Kampung Tunggulian, Mukim Liang, Daerah Belait.
|

|
 |
 |
| 09/07/2025 13:32 |
BRUNEI 8 Julai 2025 – Hari ini, Bahagian Siasatan Jenayah Siber (BSJS), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Pasukan Polis Diraja Br.unei (PPDB) telah menahan seorang wanita tempatan berumur 52 tahun, Lim Yok Yuan, kerana disyaki sebagai suspek dalam kes penipuan terhadap 11 mangsa dari tahun 2024 hingga 2025
|

|
 |