Skip Ribbon Commands
Skip to main content

Berita

SERBUAN JUDI SABUNG AYAM DAN KATAM-KATAM DAERAH POLIS TUTONG

TUTONG, Ahad 21 April - Daerah Polis Tutong, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) berserta bantuan dari Jabatan Perisikan Jenayah (JPJ), telah berjaya menumpaskan aktiviti perjudian sabung ayam dan judi katam-katam selepas membuat serbuan di Kg Panchong, Mukim Lamunin Tutong. 

Serbuan yang dijalankan pada pagi 21 April 2024 itu telah dijalankan dikawasan kebun belakang sebuah rumah dan pihak PPDB berjaya menahan seramai 10 orang warga tempatan dan asing, disyaki terlibat dengan kegiatan Judi. 

Turut dirampas ialah beberapa ekor ayam, alat-alat permainan Katam-Katam berserta duit, dipercayai digunakan bagi kegiatan perjudian. Kesemua suspek dan barang bukti dibawa ke Balai Polis Tutong untuk dijalankan siasatan lanjut.  

Serbuan tersebut adalah hasil daripada maklumat serta risikan yang telah diperolehi oleh JPJ, PPDB. 

Suspek-suspek disiasat dibawah seksyen 7 Akta Rumah Perjudian Penggal 28 iaitu berjudi di tempat awam yang mana boleh dihukum denda $2,500.00 dan 6 bulan penjara. 

Pasukan Polis Diraja Brunei berharap orang ramai yang ada maklumat tentang mana-mana aktiviti yang menyalahi undang-undang di Negara ini untuk terus berhubung ke Balai Polis berdekatan atau melalui talian hotline 993.




Dikeluarka​n oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI​​​​​​​​​​​​​​​​


Attachments