Temburong, Rabu23 Oktober 2024 – Balai Polis Bangar, Pasukan Polis Diraja Brunei berjaya menahan dua orang lelaki warganegara tempatan dan merampas beberapa kotak dan minuman keras dipercayai barangan tegahan.

Dalam kejadian tersebut, berikutan maklumat yang diterima berhubung dengan kegiatan penyeludupan, keanggotan Balai Polis Bangar telah menjalankan pemantauan di Kawasan Kampung Bekarut, Jalan Pandaruan Tamada. Didapati sebuah kenderaan pancuan 4 roda berwarna hitam dalam keadaan mencurigakan.

Kira-kira pukul 9 malam, pihak Polis cuba untuk menahan kenderaan tersebut semasa melalui kawasan Kampung Belais, menyebabkan kenderaan tersebut mula memecut dan melarikan diri.

Pemandu dan penumpang kemudian bertindak melarikan diri ke hutan serta meninggalkan kenderaan di tengah-tengah jalan. Walau bagaimanapun kedua-dua suspek dapat dikesan dan ditahan oleh anggota Balai Polis Bangar. 

Kesemua barang-barang tegahan serta 2 suspek telah ditahan di Balai Polis Bangar, disamping itu juga, Jabatan Kastam dan Eksais Diraja Brunei dimaklumkan untuk siasatan selanjutnya.

PPDB mengingati orang ramai agar jangan melibatkan diri dengan sebarang aktiviti-aktiviti jenayah dan melanggar undang-undang di negara ini. Jika mempunyai maklumat mengenai kegiatan jenayah adalah disarankan untuk menyalurkan maklumat ke Balai Polis berdekatan atau melalui talian kecemasan 993.

Dikeluarkan Oleh :

UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
IBU PEJABAT POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI