BRUNEI MUARA, Khamis 7 Februari 2019 – Kegiatan tidak bermoral terbongkar dalam satu serbuan yang dibuat oleh Unit Penumpasan Perjudian dan Pencegahan Maksiat, Jabatan Siasatan Jenayah, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB). 

Suspek Dinh Thi Huong berumur 35 tahun warganegara Vietnam telah berjaya diberkas di dalam sebuah bilik penginapan di salah sebuah hotel di kawasan Berakas dipercayai terlibat menawarkan kegiatan khidmat seks. 

Semasa serbuan tersebut Pihak Polis telah menemukan beberapa bahan bukti seperti  beberapa kepingan kondom dan wang tunai di lokasi kejadian dipercayai hasil daripada aktiviti tidak bermoral tersebut.  

Suspek beserta semua bahan bukti dirampas dan dibawa ke Jabatan Siasatan Jenayah untuk dijalankan siasatan lanjut. 

Kes disiasat di bawah Seksyen 294A Kesalahan Menawarkan Khidmat Seks, Kanun Hukuman jenayah Penggal 22. 

Dikeluarkan Oleh :  

UNIT PERHUBUNGAN AWAM 

PEJABAT URUSETIA PESURUHJAYA POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI