BRUNEI MUARA, Khamis 29 November 2018 – Kegiatan tidak bermoral terbongkar dalam satu serbuan yang dibuat oleh Unit Penumpasan Perjudian dan Pencegahan Maksiat, Jabatan Siasatan Jenayah, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB).
Suspek seorang wanita bernama Bui Thi Thom berumur 31 tahun warganegara Vietnam telah berjaya diberkas di dalam sebuah bilik penginapan di salah sebuah hotel di kawasan Berakas dipercayai terlibat menawarkan kegiatan khidmat seks.

Semasa serbuan tersebut Pihak Polis telah menemukan beberapa bahan bukti seperti beberapa kepingan kondom dan wang tunai di lokasi tempat kejadian dipercayai hasil daripada aktiviti tidak bermoral tersebut.
Suspek beserta kesemua bahan bukti dirampas dan dibawa ke Jabatan Siasatan Jenayah untuk dijalankan siasatan lanjut. Kes disiasat di bawah Seksyen 294A Kesalahan Menawarkan Khidmat Seks, Kanun Hukuman jenayah Penggal 22.
Dikeluarkan Oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
