TUTONG, 08 November 2018 – Sebanyak 7 tindakan kompoun pelbagai kesalahan telah dikeluarkan kepada pemandu kenderaan dalam Operasi Sekatan Jalanraya di kawasan berhadapan Balai Polis Tutong, Daerah Tutong.
Operasi bermula pada sebelah petang yang diketuai oleh Pegawai Menguasa Balai Polis Tutong, Inspektor Ahmad Faez bin Haji Mohd Hani bersama 12 anggota dari Balai Polis Tutong.

Manakala pada sebelah pagi, Balai Polis Lamunin juga mengadakan Operasi Sekatan Jalanraya yang sama di kawasan KM 1 Simpang Jalan Bukit Barun, Kampong Lamunin yang diketuai oleh Pegawai Menguasa Balai Polis Lamunin, Insp Mohd Zulfadli bin Haji Awang Yusof bersama 7 anggota Balai Polis Lamunin.
Sepanjang Operasi dijalankan, pihak Polis telah mengeluarkan sebanyak 10 kesalahan kompaun kepada para pemandu yang telah melanggar akta kesalahan lalulintas.

Antara lain kesalahan yang di kenakan tindakan semasa operasi tersebut ialah mengubah suai kenderaan, tayar kenderaan tidak selamat untuk digunakan (nampak benang), lesen memandu mansuh dan beberapa kesalahan lagi.
Operasi-operasi sedemikian akan sentiasa di jalankan dan dipertingkatkan dalam hala tuju memberikan kesedaran kepada pengguna jalanraya akan kepentingan mematuhi peraturan lalulintas negara ini serta memastikan kenderaan yang di pandu sentiasa dalam kondisi yang baik dan selamat.
Dikeluarkan Oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
