TUTONG, Khamis 22 Ogos 2019 – Dua (2) Operasi Sekatan Jalanraya Mingguan telah dilaksanakan oleh keanggotaan Daerah Polis Tutong, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) yang menumpukan di beberapa lokasi di kawasan Tutong dan kawasan Lamunin. 

Dalam operasi pertama yang dikendalikan oleh keanggotaan Balai Polis Lamunin yang diketuai oleh Pegawai Menguasa Balai Polis Lamunin, Inspektor Md Zulfadli bin Hj Awg Yusof telah berhasil menemukan 6 kesalahan kompaun yang melibatkan pemasangan pelekat plastik filem. 

Manakala dalam operasi kedua telah melibatkan keanggotaan daripada Ibu Pejabat Daerah Polis Tutong bersama Balai Polis Tutong seramai 19 anggota yang diketuai oleh Pegawai Menguasa Balai Polis Tutong, Inspektor Ahmad Faez bin Haji Mohd Hani. 

Hasil daripada operasi telah mengeluarkan kesalahan sebanyak 11 kompaun yang melibatkan kesalahan tidak memasang tali keselamatan, mengubahsuai kenderaan serta pemasangan cermin pelekat plastik filem. 

Antara tujuan lain dalam operasi ini adalah untuk meningkatkan kesedaran masyarakat supaya lebih berdisplin sebagai pengguna jalanraya dalam sama-sama menjalankan tanggungjawab di atas jalanraya. 

PPDB menasihatkan orang ramai supaya akan sentiasa mematuhi undang-undang lalu lintas bagi mengelakkan sebarang tindakan undang-undang ke atas mereka. 

Dikeluarkan Oleh : 

UNIT PERHUBUNGAN AWAM 

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI