BRUNEI MUARA, Rabu 29 Ogos 2018 – Seramai 3 orang suspek terdiri daripada seorang(1) warga tempatan dan 2 orang warga asing telah diberkas petang tadi apabila disyaki terlibat dengan kegiatan perjudian.
Unit Penumpasan Perjudian dan Pencegahan Maksiat, Jabatan Siastan Jenayah telah membuat serbuan tersebut di kawasan bangunan unit 11 block B Kg Tanjung Bunut, berikutan hasil perkongsian maklumat yang diterima daripada orang awam mengenai perjudian ‘4 digit loteri.
Suspek Erny Suwandy bin Untong 45 , Ting Siang Kiat 21 Warga Malaysia dan Mohammad Billal Hossain 52 Warga Bangladesh di berkas dipercayai terlibat dengan
kegiatan perjudian berkenaan.
Dalam serbuan mengejut yang dijalankan pada 4.50 petang itu telah berjaya merampas barangan bukti yang digunakan dalam perjudian tersebut termasuk wang tunai, kertas nombor dan slip pertaruhan.
Semua suspek yang ditangkap dan barang rampasan di bawa ke Jabatan Siasatan Jenayah untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Akta Rumah Judi Terbuka, Penggal 28.
