TEMBURONG, Rabu 3 Oktober 2018 – Balai Polis Bangar telah membuat rondaan pencegahan jenayah bersama ahli-ahli Pengawasan Kejiranan Kampong Belais dan Kg Buda-Buda.

Rondaan tersebut itu dimulakan dengan sesi taklimat ringkas mengenai kes-kes jenayah yang berlaku dikampung tersebut yang telah disampaikan oleh Pegawai Menguasa Balai Polis Bangar, Penolong Penguasa Polis Pg Anak Haji Azanuddin Shah bin Pg Anak Ismail Al-Haj.

Turut hadir Ahli Focal Point bersama beberapa anggota dari Balai Polis Bangar serta Ketua Kampung Belais, Yang Mulia Haji Ahmad @ Haji Jibma bin Mohd Hussin bersama 4 orang ahli PK Belais.

Rondaan dimulakan dengan berjalan kaki dari rumah Ketua Kg menuju ke Pondok-Pondok Penginapan sehingga ke kawasan memancing. Kemudian menggunakan kenderaan ke kawasan Kg Belais kecil sehingga ke kawasan persekitaran dibawah tadahan Kg Buda-Buda termasuk kekawasan rumah-rumah yang tidak berpenghuni.

KUALA BELAIT – Manakala pada malam yang sama, Balai Polis Kuala Belait juga melaksanakan rondaan pencegahan jenayah bersama ahli-ahli Pengawasan Kejiranan dari Kampung Pandan C.

Rondaan tersebut yang diketuai oleh anggota Unit Pengawasan Kejiranan, Balai Polis Kuala Belait bersama Ketua Kampung Pandan C, Yang Mulia Awg Haji Affendy Bin Awg Damit.

Rondaan pencegahan bermula Dari Rumah ketua kampung seterusnya kawasan perumahan teres Kampung Pandan 7, Kawasan pandan 8, Kawasan jalan Maulana dan kawasan di bawah jagaan ketua kampung Pandan C.

Semasa Rondaan dijalankan tidak ada menjumpai kejadian jenayah ataupun kegiatan yang mencurigakan.

Dikeluarkan Oleh :

UNIT PERHUBUNGAN AWAM

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI