Kuala Belait, Isnin, 19 Januari 2019 – Bahagian Siasatan Jenayah Siber (BSJS), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) telah menyampaikan satu taklimat bertajuk “Penipuan Dalam Talian” dengan kerjasama Jabatan Daerah Belait serta Jawatankuasa Keselamatan Daerah Belait, khusus bagi warga emas di Daerah Belait.
Taklimat tersebut telah diadakan di Dewan Pusat Insani, Seria dan dihadiri oleh Yang Mulia Haji Amirol Hafidzin bin Haji Muhammad, Pemangku Pegawai Daerah Belait. Turut hadir ialah Yang Berhormat Awang Mohammad bin Abdullah, Ahli Majlis Mesyuarat Negara selaku Ketua Kampung Bukit Sawat, Penghulu-Penghulu Mukim, Pemangku Penghulu-Penghulu Mukim, Ketua-Ketua Kampung, Pemangku Ketua-Ketua Kampung serta seramai 74 orang warga emas dan 23 orang kakitangan Jabatan Daerah Belait.
Taklimat berkenaan telah disampaikan oleh Ketua Inspektor Adinin bin Haji Ahmad, yang menekankan kesedaran mengenai modus operandi penipuan dalam talian serta langkah-langkah pencegahan bagi mengelakkan orang ramai, khususnya warga emas, daripada menjadi mangsa jenayah siber.



Dikeluarkan Oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
IBU PEJABAT POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
