BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 14 Februari 2026 – Bahagian Siasatan Jenayah Siber (BSJS), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) telah dijemput untuk menyampaikan taklimat mengenai “Penipuan Dalam Talian” bagi kakitangan Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan dan Jabatan-Jabatan di bawahnya yang telah diadakan di Dewan Simpor, Kampung Rimba, Jabatan Pertanian dan Agrimakanan.
Taklimat telah dihadiri seramai 45 orang kakitangan kementerian tersebut dan telah di sampaikan oleh Ketua Inspektor Adinin bin Haji Ahmad. Dengan adanya taklimat ini dapat meningkatkan kesedaran kepada kakitangan yang menghadiri mengenai ancaman penipuan dalam talian yang semakin meningkat, membolehkan peserta mengenal pasti taktik penipuan, melindungi maklumat peribadi serta melaporkan kes seberapa segera kepada pihak berkuasa.
Inisiatif seperti ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan PPDB untuk memerangi jenayah siber melalui pendidikan awam selaras dengan matlamat keselamatan siber setiap lapisan masyarakat di negara ini.


Dikeluarkan Oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
IBU PEJABAT POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
