BANDAR SERI BEGAWAN, 20 Januari 2026 – Bahagian Siasatan Jenayah Siber (BSJS), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) telah dijemput untuk menyampaikan taklimat bertajuk “Penipuan dalam talian” bertempat di Hyatt Borneo Management Services.

Taklimat ini disampaikan oleh Ketua Inspektor Adinin bin Haji Ahmad dan dihadiri melibatkan seramai 46 orang kakitangan syarikat tersebut bagi sesi kali kedua. Dengan adanya taklimat ini dapat meningkatkan kesedaran kepada kakitangan yang menghadiri mengenai ancaman penipuan dalam talian yang semakin meningkat, membolehkan peserta mengenal pasti taktik penipuan, melindungi maklumat peribadi serta melaporkan kes ini seberapa segera kepada pihak berkuasa.

Inisiatif seperti ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan PPDB untuk memerangi jenayah siber melalui pendidikan awam, selaras dengan matlamat keselamatan siber setiap lapisan masyarakat di negara ini.

Dikeluarkan Oleh :

UNIT PERHUBUNGAN AWAM

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS

IBU PEJABAT POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI