BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu, 5 Oktober 2024 – Seramai 28 orang telah hadir ke Taklimat Penipuan Dalam Talian, Jenayah Siber di Masjid Jame’ Asr Hassanil Bolkiah yang terdiri daripada Pengulu-Penghulu, Ketua-Ketua Kampong serta Ahli Pengawasan Kejiranan.
Seperti lazimnya, taklimat disampaikan oleh Bahagian Jenayah Siber, Pasukan Polis Diraja Brunei untuk memberi pendedahan kepada orang ramai mengenai dengan Jenayah tersebut dan adalah menjadi ke utamaan bagi Pasukan Polis Diraja Brunei untuk terus membimbing dan menitikberatkan keselamatan orang awam / ramai mengenai dengan jenayah ini.
Dikeluarkan Oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
IBU PEJABAT POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
