TUTONG, Isnin 10 Dis 2019 – Berbagai inisiatif diusahakan oleh Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) dalan pemberigaan langkah-langkah keselamatan yang perlu diketahui orang ramai semasa musim cuti persekolahan ini.
Antara lain strategi yang diikhtiarkan ialah memberikan taklimat dan pengetahuan asas kepada guru-guru sekolah di peringkat rendah dan menengah di Daerah Tutong.
Balai Polis Tutong, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) melalui program Pengawasan Kejiranan telah membuat kunjungan dan seterusnya menyampaikan taklimat kepada 4 buah sekolah iaitu Sekolah Rendah Perpindahan Kampong Bukit Beruang II, Sekolah Rendah Pengiran Kesuma Negara Bukit Beruang Tutong, Sekolah Menengah Sayyidina Othman Bukit Beruang dan Pusat Tingkatan Enam Tutong.
Taklimat disampaikan oleh Pegawai Menguasa Balai Polis Tutong, Inspektor Ahmad Faez bin Haji Mohd Hani dan Sarjan Mejar 2150 Jaidin bin Abdullah. Turut sama semasa kunjungan ialah Pemangku sementara Ketua Kampong Bukit Beruang, Yang Mulia Awang Haji Aminuddin bin Haji Abd Karim.


Nasihat dan penjelasan isu-isu pencegahan terhadap kawalan dan penjagaan bangunan serta kawasan dalam sekolah ditekankan agar pihak-pihak berkenaan tidak menjadi mangsa kepada perbuatan jenayah seperti curi, khianat mahupun pemugut.
Saranan PPDB agar petugas-petugas malam yang bertugas dan menjaga kawasan persekolahan agar bekerja dengan amanah dan telus di samping aspek keselamatan diri dititikberatkan. Segera menghubungi pihak polis ditalian kecemasan 993 jika mendapati sebarang perkara yang mencurigakan dikesan semasa menjalankan tugasan kawalan.
Dikeluarkan Oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
