TUTONG, Isnin, 22 September 2025 – Bahagian Siasatan Jenayah Siber (BSJS), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) telah dijemput oleh Sekolah Rendah Keriam Kluster 5 untuk menyampaikan taklimat mengenai Kesedaran Jenayah Siber.
Taklimat disampaikan oleh Kopral 4747 Syalihen bin Haji Ludin iaitu anggota daripada BSJS. Seramai 141 orang penuntut menghadiri taklimat itu bertempat di sekolah berkenaan. Turut hadir ialah Pengetua Sekolah, Dayang Sanah @ Bazlaa’ Hasanah binti Haji Daud serta 41 orang yang tergolong daripada guru-guru dan kakitangan sekolah.
Dihasratkan taklimat seperti ini akan dapat membuka minda kepada yang telah hadir untuk sentiasa berwaspada dalam menangani sosial media serta tidak mengongsikan data peribadi secara terbuka bagi mengelakkan diri dari menjadi mangsa jenayah siber.
Dikeluarkan Oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
IBU PEJABAT POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
