BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis 5 Jan 2023 – Bersempena dengan sambutan 102 Tahun Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB), satu Majlis Membaca Surah Yaasin dan Tahlil di Kubah Makam Diraja pagi ini khusus bagi Al-Marhum Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien Sa’adul Khairi Waddien ibni Al-Marhum Sultan Muhammad Jamalul Alam, Al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit binti Al-Marhum Pengiran Bendahara Pengiran Anak Abdul Rahman dan Al-Marhum Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Haji ‘Abdul ‘Azim ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah telah diadakan pada 5 Januari 2023 bertempat di Kubah Makam Diraja, Bandar Seri Begawan.
Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis berkenaan ialah Pesuruhjaya Polis (CP) PPDB, Yang Mulia Dato Paduka Seri Haji Awang Mohammad Irwan bin Haji Hambali.
Turut hadir ialah Timbalan Pesuruhjaya Polis (DCP) PPDB, Yang Mulia Dato Seri Pahlawan Awang Sulaiman bin Alidin, Penguasa Polis (SUPT) Yang Mulia Mohamad Amirruddin bin Haji Tunjang selaku Pengerusi Badan Ugama Islam (BUI), pengarah-pengarah jabatan, ketua-ketua formasi, pegawai-pegawai pemerintah, pegawai-pegawai kanan, pegawai dan anggota serta warga kakitangan awam PPDB.
Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan bacaan Surah Yaasin diikuti dengan bacaan Tahlil dipimpin oleh Imam Surau Polis Gadong, Yang Mulia APO Staf Sarjan 6472 Mohammad Yusri bin Haji Abu Bakar.
Majlis seumpama ini merupakan salah satu aktiviti keugamaan yang dikendalikan oleh Badan Ugama Islam (BUI) PPDB bagi menyemarakkan dan memperolehi lagi keberkatan Sempena Sambutan 102 Tahun Pasukan Polis Diraja Brunei Tahun 2023.
Dikeluarkan oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
