BERAKAS, Isnin 8 April 2019 – Balai Polis Berakas, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) telah berhasil menahan seorang suspek warga tempatan yang dipercayai terlibat dalam kes curi di dua buah kedai berasingan di kawasan Mukim Berakas.  

Tertuduh ialah Abdullah Mukhlis bin Khalid berumur 32 tahun dan tidak bekerja. 

Pada hari ini 10 April 2019, tertuduh telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret, Bandar Seri Begawan atas kesalahan di bawah Seksyen 380 Hukum Kanun Jenayah Penggal 22 iaitu kesalahan melakukan curi didalam bangunan perniagaan. 

Hasil daripada sebutan kes, tertuduh telah mengaku bersalah dan Pihak Mahkamah telah menjatuhkan hukuman pemenjaraan selama 9 bulan di Penjara Maraburong bermula tarikh 10 April 2019. 

Pasukan Polis Diraja Brunei ingin menegaskan kepada orang awam bahawa pihak polis tidak akan teragak-agak dalam mengambil tindakan tegas dan akan menghadapkan ke muka pengadilan kepada sebarang individu atau kumpulan yang melibatkan diri dengan kegiatan jenayah di negara ini. 

Dikeluarkan Oleh : 

UNIT PERHUBUNGAN AWAM 

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI