BANDAR SERI BEGAWAN, Khamis 17 Januari 2019 – Seorang lelaki warganegara tempatan telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret, Bandar Seri Begawan pada 17 Januari 2019 atas kesalahan curi. 

Tertuduh Mohamed Arif bin Norhamdi Shukri, 26 tahun telah ditahan oleh anggota Special Duties Balai Polis Sengkurong kerana dipercayai terlibat dengan kejadian curi yang telah dilaporkan berlaku di kawasan rumah kediaman di Kampong Sengkurong B, Daerah Brunei Muara. 

Tertuduh didakwa atas kesalahan curi di dalam rumah di bawah Seksyen 380 Kanun Hukuman Jenayah Penggal 22 dan pihak mahkamah telah mengarahkan bagi tertuduh di reman di Penjara Maraburong sehingga tarikh perbicaraan bagi sebutan kes seterusnya yang akan berlangsung pada 28 Januari 2019. 

Dikeluarkan Oleh :  

UNIT PERHUBUNGAN AWAM 

PEJABAT URUSETIA PESURUHJAYA POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI