BANDAR SERI BEGAWAN, Selasa 4 Ogos 2020 – Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa satu serbuan aktiviti perjudian telah dibuat oleh keanggotaan dari Unit Penumpasan Perjudian dan Pencegahan Maksiat bersama Unit Siasatan Pecah Rumah dan Curi Kereta, Jabatan Siasatan Jenayah terhadap kegiatan perjudian pada 30 Julai 2020 yang lalu di rumah kediaman, Jalan Jerudong Baru, Kg Tanjong Nangka, Daerah Brunei dan Muara.
Berikutan dengan serbuan tersebut seramai 16 orang suspek lelaki telah ditahan dan telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret, Bandar Seri Begawan pada 4 Ogos 2020 bagi menghadapi pertuduhan di bawah Akta Rumah Perjudian Terbuka Penggal 28.
Hasil daripada keputusan Pihak Mahkamah, 10 tertuduh telah dijatuhkan hukuman denda mengikut dakwaan masing-masing, 4 tertuduh merupakan pesalah di bawah umur dan telah diberikan amaran keras oleh Pihak Mahkamah manakala 2 tertuduh yang lain ditunda perbicaraan bagi sebutan kes selanjutnya pada tarikh yang telah ditetapkan.
Sehubungan dengan itu, Pasukan Polis Diraja Brunei ingin menyeru kepada orang ramai untuk sentiasa memberikan sokongan dan kerjasama yang padu kepada agensi penguatkuasa undang-undang dengan penyaluran maklumat-maklumat yang berguna bagi pembanterasan sebarang kegiatan-kegiatan yang menyalahi undangundang di negara ini.
Tertuduh 1 – Liew San Chooi ditunda perbicaraan sehingga 17 Ogos 2020.
Tertuduh 2 – Mohammad Isa bin Idrus didakwa di bawah Seksyen 4(a) Akta Rumah Perjudian Terbuka Penggal 28 dan hukuman denda sebanyak $5,000 atau 5 Bulan Penjara.
Tertuduh 3 – Saiful Rizal bin Sapry didakwa di bawah Seksyen 6(1) Akta Rumah Perjudian Terbuka Penggal 28 dan hukuman denda sebanyak $2,500 atau 3 Bulan Penjara.
Tertuduh 4 – Masri bin Idrus didakwa di bawah Seksyen 6(1) Akta Rumah Perjudian Terbuka Penggal 28 dan hukuman denda sebanyak $1,500 atau Sebulan Penjara.
Tertuduh 5 – Mohammad Yusri bin Sapar didakwa di bawah Seksyen 6(1) Akta Rumah Perjudian Terbuka Penggal 28 dan hukuman denda sebanyak $1,500 atau Sebulan Penjara.
Tertuduh 6 – Md Shahrizal bin Uni tidak mengaku bersalah dan sebutan kes selanjutnya akan berlangsung pada 18 Ogos 2020.
Tetuduh 8 – Fazri bin Ibrahim didakwa di bawah Seksyen 6(1) Akta Rumah Perjudian Terbuka Penggal 28 dan hukuman denda sebanyak $1,500 atau Sebulan Penjara.
Tertuduh 9 – Muhammad bin Adi didakwa di bawah Seksyen 4(c) Akta Rumah Perjudian Terbuka Penggal 28 dan hukuman denda sebanyak $5,000 atau 5 bulan Penjara.
Tertuduh 10 – Aliuddin bin Abdullah didakwa di bawah Seksyen 6(1) Akta Rumah Perjudian Terbuka Penggal 28 dan hukuman denda sebanyak $5,000 atau 5 bulan Penjara.
Tertuduh 11 – Khairol Razimi bin Raimi didakwa di bawah Seksyen 6(1) Akta Rumah Perjudian Terbuka Penggal 28 dan hukuman denda sebanyak $1,500 atau sebulan Penjara.
Tertuduh 12 – Ajmal bin Baha didakwa di bawah Seksyen 6(1) Akta Rumah Perjudian Terbuka Penggal 28 dan hukuman denda sebanyak $2,500 atau 3 bulan Penjara.
Tertuduh 13 – Ariahami bin Ibrahim didakwa di bawah Seksyen 6(1) Akta Rumah Perjudian Terbuka Penggal 28 dan hukuman denda sebanyak $1,500 atau sebulan Penjara.
Kesemua tertuduh diberikan tempoh untuk membayar denda sehingga 30 September 2020.
Manakala tertuduh ke 7,14,15 dan 16 adalah pesalah di bawah umur dan telah diberikan amaran keras.
Dikeluarkan oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
