BRUNEI MUARA, Sabtu 4 Jan 2020 – Balai Polis Pusat, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) telah menghadapkan seorang lelaki warga tempatan ke muka pengadilan bagi menghadapi 10 pertuduhan kesalahan jenayah. 

Suspek warga tempatan bernama Mohammad Khairuddin bin Haji Jumat berumur 30 tahun dan tidak mempunyai sebarang pekerjaan telah dijalankan siasatan kerana terlibat dengan kes penipuan melibatkan penyamaran dan pelaburan palsu yang berlaku sejak tahun 2017 dan 2019. 

Siasatan dijalankan ke atas suspek dan mengakui telah memperkenalkan dirinya kepada mangsa sebagai seorang anggota polis dengan tujuan untuk meyakinkan dan memperdayakan mangsa untuk ikut serta melabur dengan perniagaan emas dinar.  

Mangsa lalu tepengaruh dengan kata-kata suspek dan berhasil menipu mangsa dengan jumlah anggaran sebanyak BND$13,980.00 melalui beberapa urusan penyerahan wang secara serah tangan di beberapa lokasi di Bandar Seri Begawan. 

Hasil daripada siasatan pihak polis juga mendapati kesemua wang hasil daripada penipuan itu telah digunakan suspek untuk pembayaran hutang, pembayaran kereta, pembelian sebuah perahu serta enjin perahu dan selebihnya digunakan untuk keperluan persendirian untuk menjalankan perniagaan udang galah. 

Oleh itu, suspek telah menghadapi 9 pertuduhan kesalahan di bawah Seksyen 420 Kanun Hukuman Jenayah Penggal 22 dan 1 pertuduhan di bawah Seksyen 3 (1) Perintah Mendapatkan Aset Jenayah 2012. 

Pihak Mahkamah telah menjatuhkan hukuman pemenjaraan selama 8 bulan bagi tuduhan pertama, 8 bulan bagi tuduhan kedua sehingga tuduhan keenam, 8 bulan bagi tuduhan ketujuh hingga tuduhan kesembilan dan 12 bulan bagi tuduhan kesepuluh. Secara keseluruhan suspek akan menjalani hukuman pemenjaraan selama 36 bulan di Penjara Maraburong bermula pada 02 Januari 2020. 

PPDB ingin menasihati kepada orang ramai untuk lebih peka dan teliti dengan taktiktaktik kotor si penjenayah yang bertujuan untuk merangsang dan mempengaruhi mangsanya melalui kata-kata karisma sehingga terperangkap dengan tawarantawaran palsu yang menjurus kepada perniagaan cepat kaya. Ini terbukti dengan beberapa hasil kes siasatan pihak polis yang telah melibatkan kerugian yang besar kepada si mangsa. 

Oleh yang demikian, Masyarakat disarankan untuk lebih berhati-hati dan untuk tampil memberikan sebarang maklumat terhadap perlakuan penipuan ini ke Balai-Balai Polis atau menghubungi ke talian kecemasan polis 993. 

Dikeluarkan Oleh : 

UNIT PERHUBUNGAN AWAM 

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI​