BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu 30 Mac 2019 – Pasukan Polis Diraja Brunei melalui Balai Polis Berakas menghadapkan 2 kes penyiasatan beserta 2 suspek yang berasingan ke Mahkamah Majistret, Bandar Seri Begawan pada hari ini 30 Mac 2019 atas beberapa kesalahan. 

Suspek pertama seorang lelaki warganegara tempatan bernama Mohd Ali Taufiq Hidayat bin Haji Ismail berumur 40 tahun dan tidak bekerja. Suspek terlibat dengan kes yang melibatkan pukul di bawah Seksyen 323 dan Seksyen 506 Kanun Hukuman Jenayah Penggal 22 iaitu hukuman kerana menakutkan secara jenayah. 

Tertuduh telah dibicarakan dan Pihak Mahkamah telah membuat keputusan untuk tertuduh ditahan reman di Penjara Maraburong sehingga sebutan kes selanjutnya pada 13 Mei 2019. 

Manakala tertuduh kedua merupakan seorang  lelaki warganegara tempatan bernama Mohd Hadri bin Haji Abdul Raub berumur 32 tahun dan tidak mempunyai pekerjaan. Suspek dipercayai terlibat dalam satu kes ceroboh dialamat No 47, Rumah Pekerja Kg Delima Jalan Kebangsaan. 

Hasil daripada sebutan kes, tertuduh telah mengaku bersalah dan Pihak Mahkamah telah menetapkan tarikh jatuh hukuman ke atas tertuduh pada 1 April 2019. 

Pasukan Polis Diraja Brunei memohon kepada orang ramai agar sentiasa memberikan kerjasama dalam menyalurkan maklumat-maklumat berkenaan kegiatan yang melanggar undang-undang di persekitaran kediaman melalui talian kecemasan 993 atau melaporkan ke Balai-balai Polis yang berdekatan. 

Dikeluarkan Oleh : 

UNIT PERHUBUNGAN AWAM 

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI