TEMBURONG, Rabu 16 Januari 2019 – Balai Polis Bangar, telah berjaya membuat penangkapan ke atas tiga orang suspek lelaki warga tempatan sepanjang awal bulan Januari 2019 berhubung 6 kes curi di laporkan berlaku di kawasan Mukim Bangar dan Mukim Batu Apoi Daerah Temburong pada sekitar bulan November dan Disember 2018.

Ketiga-tiga suspek berkenaan telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret , Bandar Seri Begawan bagi pendakwaan. Tertuduh Ampuan Abdul Razaini Zikri bin Ampuan Abdul Rahman (29 tahun) berhadapan dengan dua (2) pertuduhan di bawah seksyen 380 Kanun Hukuman Jenayah Penggal 22 iaitu kesalahan mencuri dalam bangunan.

Tertuduh kedua Azimi bin Hj Mohamed (42 tahun) juga berdepan dengan dua pertuduhan dibawah seksyen 457 dibaca dengan seksyen 34 dibawah kanun yang sama iaitu bersubahat melakukan pecah rumah. Manakala tertuduh ketiga Amaran bin Mayasin (43 tahun) berdepan dengan pertuduhan dibawah seksyen 411 dibawah kanun yang sama iaitu kesalahan memilik barang curi.

Hakim Majistret telah mengarahkan bagi kesemua suspek ditahan reman di penjara Maraburong sehingga sebutan kes seterusnya dijalankan di Mahkamah Perantaraan pada 26/1/2019.

Dikeluarkan Oleh : 

UNIT PERHUBUNGAN AWAM

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI