BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin 19 November 2018 – Balai Polis Bangar telah berjaya membuat penangkapan ke atas seorang suspek lelaki warga tempatan berhubung kes curi tabung masjid yang telah di laporkan berlaku di Masjid Kg Puni, Temburong pada 5 November 2018 yang lalu.
Tertuduh Abdul Malik bin Judin, 23 tahun telah di hadapkan ke Mahkamah Majistret, Bandar Seri Begawan pada 19 November 2018 bagi sebutan kes atas pendakwaan dibawah Seksyen 380A Kanun Hukuman Jenayah Penggal 22 (Kesalahan mencuri di tempat beribadah) dan Seksyen 427 Kanun Hukuman Jenayah Penggal 22 ( Merosakkan tabung masjid).
Tertuduh mengaku bersalah di hadapan Hakim Majistret di atas kedua-dua dakwaan. Pihak Mahkamah telah mengarahkan tertuduh di reman di Penjara Maraburong sehingga Mahkamah menjatuhkan Hukuman pada 27 November 2018 yang akan datang.
Dikeluarkan Oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
