GADONG, Isnin 20 April 2020 – Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) hari ini telah menerima sumbangan derma berupa 5000 keping penutup hidung dan 10 unit pengimbas suhu badan daripada Ong Marble Trading Company dan Kamila Construction Sdn Bhd.
Sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Puan May Su Chiu Ping dan Puan Umikalsom binti Mat Saruddin kepada Yang Mulia Mohammad Zulhilmi bin Haji Omar Ali, Pengarah Jabatan Pentadbiran Am dan Kewangan PPDB bertempat di Ibu Pejabat PPDB.
Sumbangan tersebut adalah keperluan yang disalurkan bagi kegunaan Pegawai dan Anggota barisan hadapan Pasukan Polis Diraja Brunei dalam menangani penularan wabak COVID-19 di negara ini.
Pasukan Polis Diraja Brunei mengucapkan setinggi – tinggi penghargaan dan berbanyak terima kasih kepada Ong Marble Trading Company dan Kamila Construction Sdn Bhd atas sumbangan ikhlas bagi sama – sama membantu dalam pencegahan wabak COVID-19 di Negara Brunei Darussalam.
Dikeluarkan Oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
