SERIA, Ahad 1 Disember 2024 – Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) telah menganjurkan aktiviti Sukan Ria bersama keluarga yang dianjurkan oleh Cawangan ‘E’ melibatkan keseluruhan pegawai dan anggota bagi Daerah Polis Belait dan Daerah Polis Tutong yang diadakan di kawasan Padang Bola Balai Polis Panaga, Daerah Belait.
Memeriahkan lagi acara aktiviti kekeluargaan tersebut, hadir selaku tetamu kehormat Yang Amat Mulia Penolong Kanan Pesuruhjaya Polis Pengiran Anak Haji Mohammed Saifullah bin Yang Amat Mulia Pengiran Indera Setia Diraja Sahibul Karib Pengiran Anak Haji Idris, Pemangku Timbalan Pesuruhjaya Polis berserta isteri Yang Mulia Nur Akmalia binti Lt. Kol (B) Awang Iskandar.
Hadir selaku Pengerusi acara sukan ria tersebut ialah Pemangku Pegawai Pemerintah Daerah Polis Belait, Yang Mulia Penguasa Polis Pengiran Hj Abu Naba’a bin Pengiran Hj Yusof dan Isteri. Turut hadir ialah Pemangku Pegawai Pemerintah Daerah Polis Tutong dan Isteri berserta 150 keanggotaan terdiri daripada Pegawai-pegawai dan Anggota-anggota Polis serta keluarga daripada formasi-formasi seperti Ibu Pejabat Daerah Polis Belait dan Tutong, Balai-Balai Polis, JSKLL, OPSO, RU dan juga PEKERTI.
Di antara aktiviti sukan yang diadakan ialah perlawanan ‘MINI Football”, Perlawanan Tarik Kalat, Pertandingan ‘Best Dress’ kategori kanak-kanak lelaki dan wanita serta 13 jenis permainan sukan ria. Sukan Ria tersebut diselitkan dengan cabutan bertuah bagi sama-sama memeriahkan lagi sukan berkenaan dengan tujuan utama dalam mengeratkan perpaduan dan silaturahim dari kalangan pegawai dan anggota polis.
Dikeluarkan Oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
IBU PEJABAT POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
