BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu 6 Julai 2019 – Program Pendekatan Pengawasan Kejiranan (PK) merupakan salah satu platform program bagi wakil daripada Pihak Polis selaku Focal Point PK membuat lawatan dan perjumpaan bersama ahli-ahli PK yang dilantik.  

Perisian perjumpaan / lawatan secara lazimnya adalah menjurus kepada suai kenal, mengeratkan persahabatan, berbincang mengenai keadaan kampung setempat, berkongsi permasalahan, membuat perancangan yang banyak menjurus kepada membendung dan mencegah jenayah. 

Oleh itu, semalam beberapa ahli Fokal Point Balai Polis Pusat BSB yang diketuai oleh Koperal 4604 Hasnan bin Ali telah membuat satu lawatan pendekatan bersama Pemangku Ketua Kampung Sg Belukut, Yang Mulia Pg Haji Duraman bin Pg Hassan dan Pemangku Ketua Kampung Serdang, Yang Mulia Pg Haji Hashim bin Hj Daud.

Dalam perbincangan tersebut banyak perkara dikongsikan terutama sekali mengenai maklumat perihal kegiatan-kegiatan jenayah dan diselajurkan dengan membuat perancangan jadual aktiviti-aktiviti rondaan yang bakal mendatang. 

Diharapkan dengan usaha sedemikian akan mewujudkan titik tolak dalam hasrat menjadikan negara ini bebas daripada segala gejala-gejala negatif dan buruk dan dapat melahirkan sikap tanggungjawab dalam diri masyarakat awam dalam sama-sama menjaga keselamatan negara ini. 

Dikeluarkan Oleh : 

UNIT PERHUBUNGAN AWAM 

PEJABAT URUS SETIA PESURUHJAYA POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI