BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin 6 Jan 2020 – Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) ingin menasihatkan kepada orang ramai agar lebih berwaspada dan berhati-hati berhubung kegiatan penghantaran pesanan ringkas ‘short message service’ (SMS) yang dipercayai bertujuan untuk membuat satu penipuan ataupun scam yang sedang tular di negara ini.
SMS tersebut dihantar menggunakan nombor talian yang berdaftar antara lain seperti :
+6737379798
+6738984954
+6738982565
+6737371123
+6737379796
+6738625010
+6737371605
+6737110156
Antara lain maklumat diterima di dalam SMS tersebut menyatakan nombor penerima SMS telah pun ;
1- Tersenarai di dalam ahli Kelab VIP dan menyarankan untuk melayari pautan (link) yang disediakan.
2- Mendapat bonus besar dan disarankan bagi menuntut wang tersebut dengan menekan pautan yang diberikan.
3- Penerima SMS telah terpilih untuk mendapatkan resit percuma untuk permainan judi dalam talian dan dikehendaki untuk menekan pautan bagi menuntut kemenangan.
Setakat ini, belum ada laporan kerugian yang dilaporkan kepada pihak PPDB, walau bagaimanapun, PPDB sedang giat menjalankan siasatan untuk mengenal pasti pemilik-pemilik nombor tersebut bagi dijalankan siasatan.
PPDB juga menegaskan kepada orang ramai agar;
1- Tidak menyewakan nombor talian persendirian untuk kegiatan perjudian atau berunsur jenayah.
2- Jangan menyalahgunakan internet atau mana-mana platform media sosial bagi kegiatan jenayah.
3- Jangan menyewakan atau memberikan akses akaun peribadi untuk kegiatan jenayah.
4- Jangan terpedaya dengan penipuan cinta dalam talian (Love Scam).
5- Jangan mengongsikan gambar-gambar dan data peribadi kepada orang yang tidak dikenali agar tidak menjadi mangsa ancaman seks (Sextortion).

Sekali lagi PPDB ingin menasihatkan kepada orang awam agar tidak membalas kepada SMS itu. Janganlah memberikan sebarang maklumat peribadi dan perakaunan kepada mana-mana pihak yang tidak dikenal pasti, terutama apabila menerima SMS sedemikian. Pesanan ini adalah bertujuan untuk langkah pencegahan dan peringatan untuk orang awam supaya tidak menjadi mangsa penipuan atau scam SMS seperti ini.
Dikeluarkan Oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
