GADONG, Selasa 24 Februari 2026 – Bertindak atas maklumat orang ramai, sepasukan pegawai dan anggota daripada Unit Siasatan Penumpasan Perjudian dan Pencegahan Maksiat (USPPPM) serta Unit Siasatan Pecah Rumah dan Curi Kereta, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) telah menjalankan serbuan di sebuah rumah di kawasan Kampung Mata-Mata, Gadong, yang disyaki menjadi lokasi kegiatan judi.
Dalam operasi tersebut, seramai lapan warganegara Brunei terdiri daripada enam lelaki dan dua perempuan berumur antara 20 hingga 60 tahun telah ditahan bagi membantu siasatan.



Pemeriksaan lanjut turut menemukan peralatan yang dipercayai digunakan untuk penyalahgunaan dadah. Kesemua tahanan bersama barang rampasan telah diserahkan kepada Biro Kawalan Narkotik untuk siasatan lanjut.
PPDB akan terus mempergiatkan usaha membanteras kegiatan perjudian dan penyalahgunaan dadah serta menyeru orang ramai untuk terus menyalurkan maklumat bagi menjaga keselamatan dan kesejahteraan masyarakat.
Dikeluarkan Oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
IBU PEJABAT POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
