BRUNEI MUARA, Selasa 2 April 2019 – Pada 1hb April 2019, pegawai-pegawai dari Unit Siasatan Pemerdagangan Manusia dan Unit Penumpasan Perjudian dan Pencegahan Maksiat Jabatan Siasatan Jenayah, Pasukan Polis Diraja Brunei telah membuat tangkapan terhadap 10 orang terdiri daripada 4 orang lelaki dan 6 orang perempuan warganegara Thailand semasa serbuan serentak dijalankan di Kg Kianggeh dan Jalan Subok.
Kesemua tangkapan telah dihadapkan ke Mahkamah pada petang ini, 2hb April 2019 untuk dipohonkan tahanan reman bagi siasatan lanjut.
Kes ini disiasat di bawah Seksyen 6 Perintah Pemerdagangan dan Penyeludupan Manusia 2004 yang mana jika didapati bersalah akan membawa kepada hukuman tidak melebihi BND$1 juta, pemenjaraan tidak kurang 4 tahun tidak melebihi 30 tahun dan sebat.
Pasukan Polis Diraja Brunei ingin mengalu-alukan kerjasama orang ramai untuk menyalurkan sebarang maklumat jenayah dengan segera di mana-mana Balai Polis yang berdekatan atau melalui talian kecemasan 993 dalam sama-sama menjaga keamanan dan membanteras jenayah.
Dikeluarkan Oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
