BRUNEI MUARA, Isnin 24 Jun 2019 – Unit Penumpasan Perjudian dan Pencegahan Maksiat dan Unit Pecah Rumah dan Curi Kereta dari Jabatan Siasatan Jenayah Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) hari ini telah berjaya membongkar aktiviti dan kegiatan yang tidak bermoral.
Serbuan yang dijalankan telah berhasil memberkas dua orang wanita dan seorang lelaki semuanya warga Vietnam di Hotel City One Lodge, Unit 11st floor Wisma LCY Gadong, Mukim Gadong.
Semasa serbuan Pihak Polis telah menemukan beberapa bahan bukti seperti beberapa kepingan kondom dan wang tunai di lokasi kejadian dipercayai untuk tujuan kegiatan menawarkan khidmat seks.

Dua suspek wanita bernama Pham Thi Lan Huong berumur 38 tahun, Nguyen Hoa Hong Dieu berumur 29 tahun dan seorang lelaki bernama Dau Ngoc Tuyen berumur 37 tahun menggunakan pas pelawat bagi memasuki negara ini. Kesemua suspek dan semua bahan bukti dibawa ke Jabatan Siasatan Jenayah untuk dijalankan siasatan lanjut.
Kes disiasat di bawah Seksyen 294A Kesalahan Menawarkan Khidmat Seks, Kanun Hukuman Jenayah Penggal 22.
Pasukan Polis Diraja Brunei akan sentiasa membuat pemantauan dan akan menjalankan tindakan yang tegas terhadap mana-mana kegiatan negatif sepertinya dalam matlamat untuk menjadikan negara ini bebas dan bersih daripada sebarang gejala yang boleh mencemarkan nama baik dan kesejahteraan sejagat.
Dikeluarkan Oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT URUS SETIA PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
