TEMBURONG, Khamis 25 Jan 2024 – Pada hari Rabu, 24hb Januari 2024, Pasukan Simpanan Polis ‘C’ Kompeni (Polis Hutan) telah menjalankan satu Operasi Pencegahan Jenayah Rentas Sempadan Hutan di kawasan perhutanan Daerah Temburong berhampiran sempadan Brunei-Malaysia. 

Pada sekitar waktu petang, Pasukan Polis Hutan telah berjaya mengesan dan mendapati beberapa orang individu yang didalam keadaan yang mencurigakan sedang memugah beberapa kotak besar dipercayai barang-barang tegahan. 

Pasukan Polis Hutan telah bertindak untuk menyerbu individu-individu tersebut dan telah berjaya menahan sebanyak 3 orang suspek manakala seorang daripada suspek tersebut telah melarikan diri ke Negara jiran. 

Hasil operasi telah berjaya menahan sebanyak 38 kotak besar berisi daging ayam (barang mentah) dan kes ini telah dilaporkan ke Balai Polis yang berhampiran untuk diserahkan kepada Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED) bagi siasatan dan tindakan yang selanjutnya. 

Pasukan Polis Diraja Brunei beserta Agensi Penguatkuasaan Undang-Undang yang lain tidak akan ragu-ragu dalam menjalankan amanah dan tugas bagi menegakkan undang-undang Negara, dan akan sentiasa komited didalam usaha untuk membenteras sebarang kegiatan-kegiatan jenayah yang berlaku di kawasan-kawasan sempadan Negara Brunei Darussalam.

Dikeluarka​n oleh :

UNIT PERHUBUNGAN AWAM

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI​​​​​​​​​​​​​​​​