BANDAR SERI BEGAWAN, Rabu 16 Januari 2019 – Satu operasi serbuan telah di jalankan oleh Balai Polis Kg Ayer bersama Jabatan Bomba dan Penyelamat berkenaan kegiatan penjualan barangan subsidi kerajaan iaitu minyak petrol di kawasan Kg Peramu, Kg Ayer, Bandar Seri Begawan.

Hasil daripada serbuan tersebut telah berjaya menahan seorang suspek lelaki warga negara tempatan bernama Mohd Noor Shah Shafiee bin Salleh, 21 tahun yang dipercayai menjalankan kegiatan menjual minyak petrol secara haram kepada orang ramai.

Semasa serbuan tersebut, turut dirampas ialah sejumlah 13 botol tong yang berisi 15 liter sehingga 18 liter minyak petrol.

Suspek dan kesemua barang bukti dibawa ke Balai Polis Kg Ayer bagi dijalankan siasatan lanjut.

Dikeluarkan Oleh : 

UNIT PERHUBUNGAN AWAM

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI