TUTONG, Khamis 14 Mei 2020 – Bersempena bulan Ramadhan yang mulia ini seramai 10 orang anak-anak yatim Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) di Daerah Tutong telah menerima sumbangan serta derma dalam menyambut bulan syawal yang bakal mendatang.
Sumbangan telah diserahkan oleh Timbalan Penguasa Polis (Ag. DSP) Pengiran Abd Aziz bin Pengiran Haji Muhammad, Pemangku Pegawai Pemerintah Daerah Polis Tutong dan Timbalan Penguasa Polis (Ag. DSP) Nurol Faezah binti Mohd Faisal Al Sufri, Pemangku Penolong Pegawai Pemerintah Daerah Polis Tutong.

Aktiviti kebajikan ini merupakan kalendar tahunan dalam memperingati jasa-jasa warga PPDB yang telah kembali ke rahmatullah dan membantu ahli-ahli keluarga mereka bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri yang akan menjelang tiba.
Dikeluarkan Oleh :
UNIT PERHUBUNGAN AWAM
PEJABAT PESURUHJAYA POLIS
PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI
