KUALA BELAIT, Selasa 18 Jun 2019 – Balai Polis Kuala Belait, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) telah menerima satu laporan pada 16 Jun 2019 berhubung satu kes pukul dan curi yang berlaku di sebuah kedai beli belah di kawasan Jalan Maulana, Kuala Belait.

Setelah siasatan dijalankan, keanggotaan Balai Polis Kuala Belait telah berhasil menahan dua warganegara tempatan iaitu Mohammad Hafidjy bin Hamdiah berumur 29 tahun, pekerjaan sebagai Pengawal Keselamatan Swasta dan Nurasila binti Sukor berumur 29 tahun, tidak mempunyai pekerjaan yang dipercayai menjadi suspek bagi kejadian berkenaan.

Hari ini kedua suspek telah dihadapkan ke Mahkamah bagi tuduhan di bawah Seksyen 380 Kanun Hukuman Jenayah Penggal 22 iaitu Curi dan di bawah Seksyen 323 Kanun Hukuman Jenayah iaitu Pukul.

Pendakwaan dijalankan oleh DPP Muizzah di hadapan Majistret Hjh Ervy dan Mohammad Hafidjy mengaku bersalah melakukan kesalahan pukul dan dijatuhi hukuman pemenjaraan selama 1 bulan bermula pada 19/06/2019 di Penjara Maraburong.

Manakala Nurasila mengaku bersalah melakukan kesalahan curi dan dijatuhkan hukuman denda sebanyak BND$1000.00 dan diberikan tempoh sehingga 18/07/2019 tetapi jika gagal menjelaskan akan dijatuhkan hukuman pemenjaraan selama 1 bulan.

Dikeluarkan Oleh : 

UNIT PERHUBUNGAN AWAM 

PEJABAT URUS SETIA PESURUHJAYA POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI