BRUNEI MUARA, Selasa 25 Dis 2019 – Jabatan Siasatan dan Kawalan Lalu Lintas, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) dengan kerjasama daripada Jabatan Pengangkutan Darat (JPD), Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED), Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK) serta Biro Kawalan Narkotik (BKN) telah melaksanakan Operasi Sepadu Sekatan Jalanraya pada 25 Disember 2019. 

Operasi yang dijalankan di dua (2) lokasi secara serentak di kawasan Lebuhraya Hassanal Bolkiah diketuai oleh Ketua Unit Kawalan dan Rondaan JSKLL, Penolong Penguasa Polis (ASP) Pg Haji Mohammad Saiful Ariff bin Pg Haji Duraman. 

Sekatan Jalanraya yang bermula pada sekitar jam 9 malam tersebut telah melibatkan seramai 64 pegawai dan anggota dari kesemua agensi penguatkuasa undang-undang dan telah merekodkan sebanyak 64 kes secara keseluruhan berdasarkan pelanggaran di bawah akta penguatkuasaan masing-masing. 

PPDB : 41 kes kompaun dan 5 kes doket 

JPD : 15 kes kompaun 

JIPK : 1 kes dan dikeluarkan pas khas 

JKED : 6 kes (1 minuman keras & 5 kes rokok)

Antara lain tujuan operasi adalah bagi meningkatkan disiplin masyarakat mengenai perundangan serta meningkatkan kepercayaan masyarakat secara positif terhadap agensi penguatkuasa undang-undang dalam melaksanakan tugasan untuk sama-sama mewujudkan keamanan, keselamatan dan kesejahteraan negara. 

Dikeluarkan Oleh : 

UNIT PERHUBUNGAN AWAM 

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI​