TEMBURONG, Ahad 21 April 2019 – Bertindak atas maklumat berhubung penemuan barang-barang bukti terhadap kegiatan perjudian di No 65 Kg Sungai Tanit, Temburong. 

Balai Polis Bangar, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) dengan hasil kerjasama Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED) dan Biro Kawalan Makanan Halal (BKMH) telah menjalankan penahanan ke atas seorang wanita warganegara Malaysia bernama Chong Nyuk Yin berumur 64 tahun kerana dipercayai terlibat dalam kegiatan perjudian jenis 4 Digit Loteri. 

Penemuan barang bukti iaitu beberapa kepingan kertas bertulis nombor dipercayai 4 digit loteri telah ditemui disembunyikan di dalam satu mesin basuh di tempat berkenaan. 

Suspek serta barang bukti telah dirampas dan kemudian dibawa ke Balai Polis Bangar Temburong untuk dijalankan siasatan lanjut.   

Kes disiasat di bawah Akta Rumah Perjudian Terbuka Penggal 28, Seksyen 4 (c) Kesalahan Pengendalian Loteri yang membawa hukuman denda sebanyak $20,000 ringgit Brunei dan pemenjaraan selama 12 bulan. 

Dikeluarkan Oleh : 

UNIT PERHUBUNGAN AWAM 

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI