BANDAR SERI BEGAWAN, Isnin 24 Jun 2019 – Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) melalui Balai Polis Berakas telah menghadapkan seorang tahanan ke Mahkamah Majistret, Bandar Seri Begawan kerana dipercayai terlibat dengan kes curi dan rosak barang yang dilaporkan berlaku di perumahan persendirian Kg Lambak Kanan.

Tahanan lelaki tempatan bernama Muhammad Rayyan Adam bin Abdullah berumur 32 tahun tidak mempunyai sebarang pekerjaan.

Pendakwaan dijalankan oleh DPP Aeny Zullizam di hadapan Magistrate Hajah Ervy Sufitriana binti Haji Abdul Rahman. Tertuduh mengaku bersalah melakukan curi di bawah Seksyen 379 (curi) Kanun Hukuman Jenayah Penggal 22 dan dijatuhi hukuman pemenjaraan 8 bulan mulai hari ini.

Dikeluarkan Oleh : 

UNIT PERHUBUNGAN AWAM 

PEJABAT URUS SETIA PESURUHJAYA POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI