TUTONG, Rabu 26 Disember 2018 – Pasukan Polis Diraja Brunei meningkatkan usaha menjejaki pemandu yang dipercayai terlibat dalam kes langgar lari sehingga mengakibatkan seorang lelaki Orang Kelainan Upaya(OKU) pejalan kaki berumur 23 tahun cedera dikawasan KM 38 Jalan Tutong, BSB. Kg Keriam Tutong pada hari Selasa lalu, 18 Disember 2018.

Hasil siasatan ke atas ibu mangsa, seawal jam 5 pagi mangsa keluar rumah untuk seketika. Kira-kira setengah jam kemudian mangsa tidak kembali lalu ibu nya pun keluar untuk mencari. Dia ditemui dalam keadaan duduk dan berdarah di tepi jalan raya lalu dibawa terus ke Hospital Tutong. Mangsa cedera dikepala dan patah kaki, kini masih bertahan di Hospital Raja Isteri Pengiran Anak Saleha, Bandar Seri Begawan.

Pasukan Polis Diraja Brunei berharap agar pemandu yang terbabit dapat tampil ke hadapan demi kebenaran dan bertanggungjawab. Pegang prinsip Berani Kerana Benar, Takut Kerana Salah. Kepada orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenainya sila berhubung ke Balai Polis Tutong (4221206 / 4221333) atau pun talian HOTLINE 993.

Dikeluarkan Oleh :

UNIT PERHUBUNGAN AWAM

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI