BANDAR SERI BEGAWAN, Sabtu 8 Sept 2018 – Seorang lelaki tempatan telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret hari ini atas 3 pertuduhan melibatkan penipuan.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan tersebut di kawasan Kiulap BSB, tertuduh telah dipercayai menipu dan memperdayakan mangsa sehinggakan mangsa menyerahkan tiga gelang emas tanpa kerelaan beliau.

Tertuduh kemudian berjaya di kenal pasti dan telah ditangkap oleh anggota Balai Polis Pusat bagi di jalankan siasatan lanjut. Momin bin Jerudin, 58 , berdepan dakwaan di bawah seksyen 420, 403 dan 34 Akta Kanun Hukuman Jenayah Penggal 22 dan telah mengaku bersalah atas 3 pertuduhan berkenaan.

Pihak mahkamah telah memerintahkan keatas tertuduh di reman di Penjara Jerudong bagi sebutan kes selanjutnya pada 12 September 2018.

Dikeluarkan Oleh :

Unit Perhubungan Awam

Pejabat Pesuruhjaya Polis

Ibu Pejabat Polis

Pasukan Polis Diraja Brunei