BRUNEI MUARA, Ahad 15 Sept 2019  Polis Marin, Jabatan Gerakan, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) telah berhasil menggagalkan satu percubaan kegiatan penyeludupan barangan tegahan di kawasan Tanjong Kindana, perairan Sungai Bunga, Daerah Brunei Muara.

Kejadian berlaku ketika mana anggota Polis Marin menjalankan rondaan di perairan berkenaan dan telah mendapati sebuah perahu yang mencurigakan. Penahanan terus dibuat dan hasil daripada pemeriksaan terhadap perahu berkenaan telah menemukan sebanyak 3 kotak sayap ayam, 3 kotak tongkeng ayam, 2 plastik udang kering, 23 kotak bar ikan dan 1 plastik udang mentah.

Pemandu yang ditahan bernama Mohammad Amin bin Silimah, warganegara tempatan berumur 28 tahun dan tidak mempunyai sebarang pekerjaan.

Kesemua barang-barang tegahan dipindahkan siasatannya ke Bahagian Kawalan Makanan Halal (BKMH) sementara pemandu dan perahu diserahkan ke Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED) bagi siasatan lanjut.

PPDB akan sentiasa membuat pemantauan, menjejaki, menangkap penjenayah-penjenayah yang cuba  melakukan aktiviti-aktiviti jenayah mereka di Negara ini.

Dikeluarkan Oleh : 

UNIT PERHUBUNGAN AWAM 

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI