LIMAU MANIS, Sabtu 28 Mac 2020 – Hasil rondaan Pasukan Simpanan Polis C Kompeni, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) sekali lagi berjaya menahan seorang lelaki penduduk tetap yang cuba masuk ke dalam kawasan negara ini secara tidak sah di kawasan Kg Junjongan, Daerah Brunei Muara. 

Suspek bernama Hj Embran bin Hj Omar berumur 49 tahun telah dibawa ke Balai Polis Limau Manis untuk siasatan lanjut kerana dipercayai masuk ke negara ini dengan menaiki motorsikal melalui jalan tikus. 

Susulan itu, suspek akan diserahkan ke Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK) bagi siasatan dan tindakan selanjutnya. 

Dalam hal ini, Pasukan Polis Diraja Brunei ingin menyeru kepada orang ramai agar terus mengongsikan sebarang maklumat berkenaan apa jua kegiatan yang menyalahi undang-undang Negara Brunei Darussalam dan pihak polis akan sentiasa meningkatkan usaha dalam memastikan keamanan dan keselamatan negara terjamin. 

Dikeluarkan Oleh : 

UNIT PERHUBUNGAN AWAM 

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI​