TUTONG, Ahad 16 Disember 2018  – Sebuah keluarga yang sedang berkelah di kawasan tepi sungai dikejutkan dengan kehilangan seorang ahlinya yang berumur 9 tahun. 

Laporan berkenaan telah disahkan diterima oleh Balai Polis Tutong, Pasukan Polis Diraja Brunei (PPDB) pada 16 Disember 2018 kira-kira jam 2.52 petang tadi. 

Hasil maklumat awal diterima mendapati serombongan keluarga telah datang ke kawasan Sungai Kuala Tutong pada sekitar jam 12 tengah hari tadi bertujuan untuk beriadah dan berkelah.  

Pada kira-kira jam 2.44 petang itu, mangsa dipercayai sedang bermain bersama ahli keluarga yang lain di kawasan tebing sungai dan mangsa dipercayai telah diheret oleh seekor buaya ke dalam sungai dan terus menghilang. 

Setakat ini, keanggotaan Balai Polis Tutong, Polis Marin, Pasukan Simpanan RU ’C’ dan Jabatan Bomba dan Penyelamat berada di tempat kejadian bagi memberikan bantuan pencarian. 

Dikeluarkan Oleh :  

UNIT PERHUBUNGAN AWAM 

PEJABAT PESURUHJAYA POLIS

PASUKAN POLIS DIRAJA BRUNEI